Monday, August 11, 2008

Lukaku Semakin Dalam

Aku pulang ke rumah setelah berkursus selama seminggu. Harapanku besar agar kepulanganku disambut dengan senyuman.

Ingin aku memeluk dan menciummu kerana kau isteriku.

Malang, kepulanganku disambut dengan cercaan. "Bapak dengan anak sama saja. Tak pernah nak menyenangkanku."

Lukaku semakin dalam. Kata hinaan bukan lagi padaku, tapi keturunanku yang kau lahirkan. Apalah dosa anak kecil yang inginkan kasih sayang ayahnya. Kalau bukan aku, siapa lagi ayah mereka. Apakah telah ada orang lain yang akan mengambil perananku sebagai ayah.

Aku menangis dan kini aku akan terus mencari-cari apakah kesalahanku sehingga aku dihina begitu.

No comments: